

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI,
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7979600 Faks: 06-7979699
Aktiviti Jabatan RBT
AKTIVITI JABATAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
Aktiviti Tahun 2017

2nd International Conferance On Education, Islamic Studies & Social Science Research (2nd ICEISR)
Penyelidikan telah dibentangkan pada 18-20 Mac 2017 di Universitas Sangga Buana, Bandung, Jawa Barat, indonesia

Mesyuarat Antara Yayasan Basmi Kemiskinan dan IPGKPT di YBK Selangor Pada 8 Mac 2017
Satu mesyuarat susulan antara YBK dan IPGKPT telah diadakan di YBK pada 8 Mac 2017. IPGKPT diwakili oleh Timbalan Pengarah Dr Tajul Yang Hussein, Setiausaha Akademik Pn. Haliza binti Hamzah, Ketua Jabatan RBT Pn. Jamilah binti Idris dan Ketua Bahagian Pembangunan TVET Pn. Rosmawati binti Mamat

Lawatan Delegasi Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, Malang, Indonesia (UIN MALIKI) ke IPG Kampus Pendidikan Teknik pada 6-7 MAC 2017
Satu Lawatan Delegasi Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, Malang, Indonesia (UIN MALIKI) ke IPG Kampus Pendidikan Teknik telah berjalan pada 6-7 MAC 2017. Dalam program tersebut pihak UIN MALIKI dan IPG telah mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat serta idea bagi perkembangan pelajar di kedua-dua institusi.

Kejohanan Olahraga 2017 di USIM Pada 1 Mac 2017
Olahraga Tahun 2017 telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada 1 Mac 2017. Acara Penutupuan disempurnakan oleh Pengarah IPGKPT. lihat gambar

Pelajar dari Thailand bersama pihak CIAST dalam program: 'International Internship Programme Students Khon Kaen University, Thailand' telah melawat IPGKPT pada 16 Februari 2017
Pihak CIAST bersama tiga pelajar dari Thailand dalam program 'International Internship Programme Students Khon Kaen University, Thailand' telah melawat IPGKPT pada 16 Februari 2017. Dalam pertemuan bersama Pengarah, banyak perkongsian ilmu telah dibincangkan antara mereka

Larian Mesra Pada 16 Februari 2017
Larian Mesra telah diadakan pada 16 Feberuari 2017. Larian Mesra yang melibatkan para pelajar dan pensyarah terbahagi kepada kategori pelajar, kategori senior dan kategori veteran. En. Mohamed Shariff bin Salehuadin berjaya mendapat tempat ke 10 kategori senior lelaki dan Pn. Rosmarina binti Ahmad Khariri berjaya mendapat tempat ke 6 kategori senior wanita.

Projek Teaching School di SK Jijan pada 23 Januari 2017 dan 15 Februari 2017
Satu projek Teaching School telah dilaksanakan di SK Jijan pada 15 Februari 2017. Sebelum itu, satu lawatan juga telah dijalankan sebelum itu iaitu pada 23 Januari 2017 bertujuan untuk penyediaan bahan dan kelengkapan. Dua orang pensyarah yang terlibat dari Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi iaitu Puan Rosmarina binti Ahmad Khariri dan En. Mohd. Asri bin Abdul Aziz. Tujuan projek ialah untuk pendedahan sistem tanaman hidroponik kepada pelajar-pelajar SK Jijan.

Kursus Membina Laman Web Jabatan Hospitaliti pada 13 Januari 2017
Satu kursus membina laman Web anjuran Jabatan Hospitaliti telah dijalankan pada 13 Januari 2017. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Hospitaliti untuk menyiapkan laman Web Jabatan Hospitaliti. Fasilitator ialah En. Mohamed Shariff bin Salehuadin dari Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi. lihat album
Majlis Persaraan Pensyarah PTV di Nilai Spring Resort 9 Januari 2017
Satu majlis persaraan telah diadakan di Nilai Spring Resort pada 9 Januari 2017. Majlis ini untuk meraikan dua orang pensyarah iaitu Dr. Sharifah Kamaliah binti Syed Sofian dari Jabatan Perdagangan dan Tn.Hj. Ishak bin Limat dari Jabatan Mekanikal. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib dan Timbalan Pengarah Dr. Tajul Arifin bin Yang Hussin.
Selain itu, majlis persaraan untuk mereka turut diadakan di IPGKPT pada hari berikutnya. Tn. Hj. Ishak dan Dr. Sharifah turut diberi peluang berucap sempena persaraan meraka berdua. Ketua Jabatan RBT dan pensyarah jabatan mengucapkan selamat bersara dan semoga dirahmati Allah.

Mesyuarat UPSI-YBK-IPGKPT 6 Disember 2016
Satu perbincangan telah di adakan antara Yayasan Basmi Kemiskinan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPG Kampus Pendidikan Teknik pada 6 Disember 2016. Mesyuarat ini adalah bertujuan melihat kerjasama yang boleh dilaksanakan. Kerjasama adalah dalam bentuk bagaimana pelajar-pelajar YBK boleh terima ijazah dari UPSI dengan kerjasama IPGKPT.