

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI,
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7979600 Faks: 06-7979699
Aktiviti Jabatan RBT
AKTIVITI JABATAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
Aktiviti Tahun 2016
Lawatan ke Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuaku Jaafar Seremban pada 15 November 2016
Satu lawatan ke Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Tuanku Jaafar telah dilaksanakan pada 15 November 2016. Rombongan seramai empat pensyarah iaitu Pn. Jamilah binti Idris, Pn. Rosmawati binti Mamat, Dr. Nik Aida Suria binti Nik Zulkifli Ami dan En. Mohamed Shariff bin Salehuadin bertujuan untuk meninjau keadaan SDH dan bagaimana Jabatan RBT dapat memainkan peranan dalam menyumbang khidmat di SDH tersebut. Menerusi lawatan dan perbincangan satu bentuk program telah dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun 2017.

Projek 5S di SK Jijan 28 September 2016 dan 11 Oktober 2016
Jabatan RBT dan JK Teaching School IPGKPTmenjalankan projek 5S di SK Jijan. Pensyarah yang menguruskan dan melaksanakan projek ini ialah Tn Hj Ghani bin Ihwan, En. Rubaie bin Saad dan En. Mohamed Shariff bin Salehuadin. Projek ini dibantu oleh pelajar-pelajar 3 PISMP RBT serta guru dari SK Jijan.

IIDEX2016 di UITM Shah Alam 20-23 September 2016
IPGKPT telah menghantar 13 pasukan untuk menyertai pertandingan Inovasi dan Kreativiti IIDEX2016 di UITM Shah Alam. Jabatan RBT merupakan salah satu pasukan dengan meletakkan projek NEEDLE COLLECTOR dalam pertandingan tersebut. Jabatan RBT telah memenangi Pingat Emas dalam peyertaan tersebut.